Kelas Asas Ict & Pengenalan Nadi
16 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Jun 2026, NADI Kg. Braang Bayur telah mengadakan Kelas Asas ICT & Pengenalan NADI bertempat di Bilik Latihan NADI dari 9:30 pagi hingga 11:00 pagi yang disertai oleh 2 orang peserta.
Antara pengisian program:
i. Pengenalan NADI dan perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti.
ii. Kelas Email Permohonan Kerja menggunakan Prompt ChatGPT untuk menghasilkan email yang lebih profesional dan menarik.
iii. Peserta telah didedahkan kepada penggunaan teknologi AI serta kemahiran digital yang boleh dimanfaatkan dalam urusan pekerjaan dan kehidupan seharian.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan menunjukkan komitmen untuk meningkatkan kemahiran ICT mereka!
#NADIKgBraangBayur #MalaysiaMADANI #CelikDigital #ICTUntukKomuniti #ChatGPT #KemahiranDigital #NADI
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: